Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian

Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian ialah seorang juruanimasi Malaysia. Beliau ialah pengasas bersama syarikat animasi Digital Durian, yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana.[1] Beliau juga ialah pengasas studio animasi Warnakala Studios yang ditubuhkan pada 2021.Pada tahun 2008, Hairulfaizalizwan bersama-sama dengan rakannya, Sinan Ismail menubuhkan Digital Durian pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia, yang mana permintaan klien ialah penerbitan karya digital seperti kandungan e-Learning, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya.[1] Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan, hadiah pintu dan perkahwinan yang bergaya.Namun, Hairul dan dan rakannya, Sinan menyedari bahawa ini bukan minat mereka. Pada tahun 2012, kedua-duanya dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.[1]Selepas 13 tahun berkhidmat bersama Digital Durian, Hairulfaizalizwan menubuhkan Warnakala Studios pada April 2021 yang mana studio ini memperoleh hak pemilikan Didi & Friends daripada Digital Durian.[2]